Semua Orang Jatuh Cinta Dengan Kecomelan Kanggaroo Pokok ni. Lihat Sebelum Ianya Pupus.

Share lah dengan kengkawan....

Korang mesti biasa dengar kanggaroo kan? Binatang yang melompat dengan dua kaki yang kuat, berekor panjang dan ade poket doraemon kat perut depannya. Tapi pernahkah korang dengar kanggaroo pokok? Semua orang jatuh cinta dengan kecomelan kanggaroo pokok ni. Malangnya kanggaroo pokok ni di ancam kepupusan.

Kanggaroo pokok ni adalah sejenis marsupial dari genus Dendrolagus kalau bahasa saintifiknye lah. Rupanya sebijik macam kanggaroo cuma bersaiz lebih kecil macam koala atau anak beruang. Tapi yang bestnye kanggaroo pokok ni berbulu lebat. Tu yang comel je nengok.

Kebanyakkannya dijumpai di Papua New Guinea, sebuah kepulauan di antara Indonesia dan utara Australia. Kawasan New Guinea ini masih kurang pembangunan dan mungkin disebabkan itu populasi kanggaroo pokok ini masih wujud. Sayangnya penduduk tempatan ada yang memburu kanggaroo pokok ini untuk tujuan pemburuan atau komersial.

Jumlah populasi kanggaroo pokok masih tidak dapat dipastikan. Tetapi bilangannya semakin menurun akibat perubahan habitat dan aktiviti pemburuan.

Kanggaroo pokok ini juga ada dibela di Zoo Perth untuk tujuan perlindungan dan penjagaan spesisnya. Setakat ini penjagaan kanggaroo pokok masih dijalankan dan dalam keadaan terkawal. Jom kita lihat betapa comelnya si kanggaroo pokok ni.

Seronok nengok kanggaroo pokok ni. Memang unik dan comel nengok keletak anak dengan ibunya. Jika dipikirkan kenapalah manusia nak tangkap kanggaroo pokok ni kan? Bukannye kanggaroo pokok ni kacau diorang pun. Kalau ade pun kanggaroo pokok ni jalan-jalan carik makan je.

Semua orang jatuh cinta dengan kecomelan kanggaroo pokok ni. Anda bagaimana? Agak-agak korang nak tak bela kanggaroo pokok ni?


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *