Lihat Bagaimana Anak Panda Membesar Sehingga Hari Ke-100 Kelahirannya (Video)

Share lah dengan kengkawan....

Korang tahu tak yang panda ni dulu antara spesis yang terancam. Kalau tak dijaga dengan baik, panda boleh pupus tau. Tapi atas usaha mereka yang menjaga haiwan-haiwan ni di zoo, panda ni tidak lagi dikelaskan sebagai pupus. Sekarang populasi panda telah meningkat sehingga 17 peratus di seluruh dunia. Tetapi pernah kah anda melihat anak panda membesar sehingga hari keseratus kelahirannya?

Zoo Atlanta di Amerika Syarikat telah membesarkan dua anak panda yang dimiliki dari negara China.  Kedua anak panda ini diberi nama Mei Lun dan Mei Huan. Kedua anak panda ini dijaga dan membesar di bawah jagaan pekerja di Zoo Atlanta tersebut. Mari kita lihat bagaimana anak panda yang lahir dengan berat hanya 100g sahaja boleh membesar sehingga 5-6 kilogram selepas hari ke-100nya.

 

 


Kata Cik Meow Sentap…

Comelnya anak panda nih kan? Mula-mula baby panda ni kecil tapak tangn je. Bila dah besar memang besar betullah. Boleh sampai 3 kali ganda manusia kan?

Kita sebagai manusia yang berakal kenalah bertanggungjawab terhadap haiwan juga. Nasib baik ada usaha yang nak membesarkan anak panda ni. Kalau tak mungkin panda ni dah pupus.

Lepas ni boleh lah pergi zoo nengok panda kan?


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *