Lihat Bagaimana Anak Kelawar Yang Comel Dilanggar Kereta dan Diselamatkan

Share lah dengan kengkawan....

Kebiasaannya kita melihat kucing atau anjing yang dilanggar kereta. Binatang liar lain lebih banyak lagi yang menghadapi masalah ini. Jika mereka dijumpai oleh manusia yang baik hati, mereka mungkin akan diselamatkan.Tetapi jarang kita mendengar anak kelawar yang comel dilanggar kereta dan diselamatkan.

Inilah anak kelawar yang cedera akibat dilanggar kereta.

Kejadian ini berlaku di Queensland, Australia di mana seekor anak kelawar dilanggar kereta dan kesakitan. Anak kelawar itu diselamatkan oleh orang yang baik hati dan dihantar ke pusat pemeliharaan kelawar di situ. Seorang pemulihara kelawar bernama Denise Wade atau dikenali sebagai Batzilla The Bat telah memelihara dan memulihkan keadaan anak kelawar itu.

Anak kelawar dilanggar kereta dan dengan segera dihantar ke pusat pemeliharaan.

Anak kelawar itu diberi nama Miss Alicia.Miss Alicia dijaga rapi dan dibalutkan dengan tuala untuk memastikan ianya tidak kesejukkan dan selesa. Apa yang menarik adalah satu video Miss Alicia yang sedang makan buah pisang. Miss Alicia nampak comel dan video itu disukai ramai kerana kecomelan Miss Alicia.

Miss Alicia yang comel bila makan buah pisang.

Lihat Video comel Miss Alicia ketika memakan buah pisang. Macam nak tersedak pun ade jugak.

Dan ini adalah Denise Wade atau dikenali sebagai Batzilla The Bat yang menjaga Miss Alicia di pusat pemeliharaan kelawar.

Jomlihat gambar lain Miss Alicia semasa di dalam pusat pemeliharaan.

Miss Alicia sedang diberimakan makanan seperti bubur.

Nampaknya Miss Alicia sudah semakin sihat dan sebuk makan makanan.

Netizen di Australia juga suke melihat teletah anak kelawar Miss Alicia ini.

Ahmad Tarshi: lepas melepak malam tu, “mereka langgar saya dengan kotak besi yang besar. Bila saya bangun mereka beri saya makan pisang dan lepaskan saya”

Anna Gregotiou: OMG! Kalau ini bukan yang paling sweet, dan mata yang paling comel! Ianya menyenangkan hari saya. Comelnyeeee!!!. Kalaulah saya boleh bela dia ni.

Linda Renee: Ini adalah binatang yang paling comel saya lihat hari ini. Terima kasih share ye.

Pada pendapat anda, mungkinkah anak kelawar yang comel dilanggar kereta dan diselamatkan jika berlaku di Malaysia?


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *