Beg Mewah Berharga RM9,450 Direka Dari Beg Tote Ikea RM2

Share lah dengan kengkawan....

Siapa kat sini tahu IKEA? Mestilah pernah dengar sebab IKEA ada banyak benda yang menarik. Barang perabut yang jimat ruang, Meatball yang sedap dan beg bote berwarna biru untuk kemudahan bawa barang. Tetapi bolehkah anda bayangkan beg IKEA berharga RM9450?

telegraph

Siapa pula tahu brand Balenciaga? Mesti ramai tidak tahu. Balenciaga adalah brand fasyen terkenal dari Perancis yang di asaskan oleh Cristóbal Balenciaga, seorang pereka fesyen dari Sepanyol.

 

 dailydesignews

Tapi apa kaitan IKEA dan Balenciaga? Tiada kaitan sebenarnya. Tetapi baru-baru ni, Balenciaga mengeluarkan rekaan beg terbarunya menyerupai beg tote IKEA tu. Harganya $2145 (RM9,450.00).

Perghhhh! Harga beg je dah macam 4 bulan gaji!

thesun.co.uk

Cuba bandingkan beg mewah Balenciaga gambar atas dengan beg tote Ikea gambar bawah. Design lebih kurang sama sahaja. Tetapi ade bezanya. Beg tote Arena Extra-Long Shopper buatan Balenciaga ini berwarna biru terang dan ia juga mempunyai bentuk trapezoid dengan tali bahu yang lebar serta mempunyai ruang dalaman yang luas.

Perbezaan yang ketara adalah dari segi harganya. Beg mewah Balenciaga bernilai $2,145 yang bersamaan dengan RM9,450. Sementara beg tote Frakta keluaran Ikea ini hanyalah berharga RM2. Murah kan?

thesun.co.uk

Beg tote RM2 dari Ikea diperbuat dari polypropylene yang dikitar semula dan mempunyai label jenama Ikea besar pada tali bahu beg. Manakala, beg mewah Balenciaga diperbuat daripada bahan jenis kulit yang berwarna biru dan berlapis dengan kemasan label kecil yang berwarna emas.

Ikea

Sementara kisah beg mewah Balenciaga hangat diperkatakan, Ikea pula sangat berbesar hati dengan Balenciaga, kerana mengambil beg tote mereka sebagai inspirasi untuk rekaan beg keluaran terbaru jenama itu. Menurut Ikea,

“Kami berasa amat berbesar hati apabila mengetahui bahawa beg tote Balenciaga menyerupai beg biru ikonik Ikea yang hanya berharga 99 sen. Tiada apa yang dapat melawan gaya versatil beg biru yang hebat ini! Ikea FraktA buatan kami adalah antara produk yang ikonik yang mana ia dimiliki dan disayangi jutaan orang. Dan kini, lebih ramai lagi boleh memiliki beg berjenama dengan harga yang lebih murah.”

Walau bagaimanapun. Balenciaga setakat ini masih belum memberi sebarang ulasan mengenai isu beg tersebut.

Kata Cik Meow Sentap…

Kadang-kadang kita pelik dengan sesuatu barang tu. Design biasa tetapi mahal. Harga pun sampai tak masuk akal.

Mungkin pereka fesyen tu dah habis idea nak buat design beg macam mana. Last-last tiru je beg yang orang ramai dah pakai. Pastu letak harga mahal. Baru branded kan?

Terserahlah pada diri masing-masing. Nak bergaya pun kena tahu kemampuan diri. Jangan pulak beg mahal boleh beli, tapi susu anak tak boleh beli.

Kalau takde duit buat macam orang takde duit. Beli yang murah je. Duit lebih boleh simpan buat beli susu anak ke, baju sekolah baru anak ke, hadiah kat mak bapak ke, belanja Cik Meow Sentap makan ke. Dapat pahala. Hehehehe


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *