8 Motorsikal Khas OKU Yang Luar Biasa (8 Gambar & Video)

Share lah dengan kengkawan....

Motorsikal beroda tiga menjadi keperluan khasnya kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Tapi motorsikal beroda tiga di bawah ni memang hebat bro. Luar biasa! Korang nengok je korang pun nak naik. Jom kita lihat motorsikal yang mana paling hebat.

Sekali nengok macam Harley Davidson. Tapi motor yang asal dari motorsikal jenis chopper ini telah di ubah suai menjadi motorsikal beroda tiga hebat untuk golongan kurang upaya.

Motorsikal ini seperti dua dalam satu. Mereka yang kurang upaya yang menaiki kerusi roda boleh terus menaiki motorsikal tanpa bersusah payah menuruni kerusi roda dan menaiki motorsikal. Mudah dan cepat.

Motorsikal di bawah nampak lenih elegant dan sporty. Dengan badan berwarna hitam dan kemasan rim berwarna chrome sudah tentu menarik minat ramai peminat motorsikal

Motorsikal di bawah sebenarnya diubah suai dari kereta dibahagian depan dan motorsikal dibahagian belakang. Dari depan kelihatan seperti memandu kereta sahaja.

Motorsikal ini pula sama fungsi seperti yang nombor dua di atas. Tetapi memiliki pintu masuk yang berbeza. Mungkin ada suiz khas untuk menutup pintu itu nanti.

Motorsikal ini lebih menarik. Disamping beroda tiga, motorsikal ini juga memiliki bumbung untuk mengelak dari cuaca panas atau hujan.

Motorsikal ini nampak lebih lasak dengan kerangka-kerangka besi yang besar seperti motor jenis motorcross.

Jom nengok video bagaimana orang kelainan upaya yang menaiki kerusi roda boleh terus menaiki motorsikal tanpa perlu turun dari kerusi roda.

Kata Cik Meow Sentap…

Hebat betul motorsikal ni. Siap ade bumbung lagi. Boleh lah Cik Meow tumpang teduh kalau hujan nanti.

Paling best yang boleh terus naik dari kerusi roda terus ke motorsikal tu. Tak menyusahkan orang kurang upaya nak turun naik motor tu kan. Agak-agak kat Malaysia dah de ke motorsikal nih?

Kalau dah de tu jangan di buat merempit pulak!


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *