20 Tab Mandi Yang Paling Mewah dan Mahal untuk Dimiliki

Share lah dengan kengkawan....

Bila penat kerja, apa perkara yang paling menarik dibuat di rumah untuk merehatkan diri? Mungkin ade yang kata berurut atau tidur. Tapi bagi orang kaya, merehatkan diri di dalan tab mandi mewah menjadi keutamaan mereka.

Jom kita lihat 20 tab mandi mewah yang anda juga mahu mencuba.

Tab mandi buai

tab mandi yang berbentuk buaian ini memang nampak exklusif dan mewah. Tapi mungkin tak boleh berbuai kerana air akan senang tumpah dan mudah jatuh atau pecah.

 

Tab mandi transparent

Tab mandi transparent ini yang kelihatan seperti akuarium ini memang nampak elegant. Anda boleh membayangkan anda sedang mandi bersama ikan-ikan di dalam akuarium.

 

Tab mandi berbentuk kasut

Tab mandi berbentuk kasut ini sangat unik. Dengan corak marmar yang sangat cantik sudah tentu harganya sangat mahal.

 

Tab mandi bergantung

Tab mandi yang berbentuk seperti bola bergantung di syiling ini sudah tentu memerlukan tali yang kukuh untuk mengikatnya. Tetapi lokasi di tengah ruang tamu mungkin hanya sesuai digunakan untuk ikan yang dibela.

 

Tab mandi dari kayu

Tab mandi ini sudah tentu memerlukan masa yang lama untuk dibuat dari kayu berkualiti tinggi. Pembuat tab mandi juga perlulah pakar untuk melicinkan tab mandi ini sesuai untuk digunakan semasa berbaring di tab mandi.

 

Tab mandi bertatah emas

Bila anda lihat sahaj tab mandi ini sudah tentu anda terkejut dengan kemasan emas di luar tab mandi ini. Dengan paip air mandian yang juga bertatahkan emas sudah tentu sesuai untuk golongan mewah menggunakannya.

 

Tab mandi kurita

Tab mandi ini nampak biasa. Tetapi dengan kemasan dinding yang menarik memberikan nilai artistik kepada tab mandi ini.

 

Tab mandi berlangsir

Tab mandi berlangsir dapat memberikan suasana elegant dengan rekaan yang nampak mewah. Mungkin ada yang berminat menghias bili mandi seperti ini untuk kelihatan mewah.

 

Tab mandi dengan bilik khas

Menyediakan bilik khas hanya untuk tab mandi mungkin agak luar biasa untuk kita. Dengan ruang yang besar khas untuk tab mandi memang memerlukan kos yang tinggi dan ruang yang luas. Sudah tentu memerlukan keluasan tanah yang besar sesuai untuk kemewahannya.

 

Tab mandi berpemandangan cantik

Tab mandi ini yang terletak di penghujung bilik memerlukan suasana permandangan yang menarik. Lebih sesuai jika rumah terletak di atas bukit atau menghadap laut yang jauh dari penglihatan orang lain.

 

Tab mandi berkembar

Tab mandi ini boleh digunakan dengan pasangan anda tanpa anda perlu berebut tab mandi. Sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin atau berbulan madu.

 

Tab mandi yang juga kolam mandi

Untuk menjimatkan fungsi, tab mandi dan kolam mandi dijadikan di dalam ruang yang sama. Mungkin sesuai untuk mereka yang suka berendam dan kurang berenang.

 

Tab mandi tong

Tab mandi ini kelihatan klasik keperti tab mandi di zaman 1800 yang diperbuat dari besi. Ianya nampak mewah kerana diperbuat dari kayu yang berkualiti.

 

Tab mandi dengan lampu menarik

Pemasangan lampu yang menarik di tab mandi akan memberikan mood yang tenang semasa berendam di dalam tab. Boleh juga ditambah aromatherapy untuk menambahkan keselesaan.

 

Tab mandi dengan lantai transparent

Untuk mendapatkan lantai transparent ini sudah tentu memerlukan kos yang tinggi kerana pemasangan kaca dengan tempahan khas. Tab mandinya juga luas sesuai digunakan untuk 2 orang serentak.

 

Tab mandi di luar

Tab mandi ini menjadi kebiasaan di luar negara terutama di musim bunga. Dengan pemanis air, menjadikan tab mandi ini seperti jakuzi untuk memanaskan diri.

 

Tab mandi romantik

Rekaan tab mandi ini sangat sofistikated dan elegant. Dengan hiasan dinding yang cantik juga kemasan marmar yang menarik.

 

Tab mandi di ruang api

Tab mandi ini sesuai digunakan di musim sejuk dengan bantuan ruang api sebagai pemanas suhu bilik.

 

Tab mandi dengan air terjun

Tab mandi ini sangat menarik. Anda dapat bermandi di tab dan juga menikmati mandian air terjun.

 

Tab mandi artistik

Anda tidak lagi keseorangan dengan tab mandi mandi.

 

Kata Cik Meow Sentap…

Perghh!! macam best jek kalau dapat mandi kat tab mandi mahal-mahal nih. Tapi nak beli rumah pun susah apekan lagi tab mandi mewah camni kan?

Cik Meow ade susah sikit kalau nak berendam lama-lama dalam tab mandi nih. Kalau berendam lama sangat nanti Cik Meow kembang pulak jadik nye. Hehehehe.


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *