20 Gajet Luar Biasa Yang Semestinya Memudahkan Kehidupan Anda

Share lah dengan kengkawan....

Kadang-kadang kita berhadapan dengan situasi yang menyusahkan disebabkan tiada alat yang memudahkan kerja kita. Tetapi ada sebahagian produk sebenarnya memang dicipta untuk memudahkan kerja dan menyelesaikan masalah. Lihat 20 gajet ciptaan luar biasa ini yang sudah tentu akan memudahkan hidup anda.

Pisau panas sendiri


Pisau ini boleh memanaskan besi pisau sendiri tanpa anda perlu memanaskannya pada api. Sangat membantu ketika anda hendak menyapu butter atau margerine yang sejuk setiap hari.

Pen wi-fi


Apa yang anda tulis pada kertas dengan menggunakan pen ini akan bertukar menjadi tulisan di komputer anda.

Papan notis tanpa pin


Hanya letakkan kertas di papan ini dan kertas nota anda akan melekat dengan daya electrostatik.

Besi penyejuk

Ketulan besi yang diperbuat dari stainless steel ini sangat mambantu menyejukkan air minuman tanpa ais. Stainless steel ini juga adalah material yang digunakan dalam pembuatan alat perubatan dan pergigian yang selamat dan tidak mengeluarkan apa-apa bahan kimia.

Bola pemanas


Throbber Heating Ball keluaran Electrolux ini akan membantu memanaskan cecair dalam masakan ketika digunakan.

Kain lap jelly

Kain lap yang diperbuat dari jelly ini akan memerangkap habuk di kawasan yang sukar didekati seperti di celah keyboard.

Penutup soket fon telinga di telefon mudah alih yang comel

Penutup ini bertujuan untuk mengelakkan habuk memasuki soket fon telinga. Dengan penutup berbentu kucing atau kartun yang comel akan menjadikan telefon anda menarik digunakan.

Super-plastisin

Seperti plastisin, bahan ini akan melekat pada apa sahaja yang dibentukkannya. Setelah di biarkan, ia akan mengeras dan mengikut bentuk permukaan itu. Ini akan membantu membetulkan kebocoran atau kerosakan permukaan pada alatan di rumah.

Bilik di dalam beg suitcase


Direka oleh Roberto de Luca dan Antonio Scarponi, beg suitcase ini boleh memuatkan katil, tilam, meja, kerusi, langsir dan almari untuk mewujudkan ruang persendirian seluas 4 meter persegi.

Kerusi malas berserta caj telefon

Syarikat dari Switzerland, Micasa Lab telah mereka kerusi malas yang boleh mengecas telefon iPhone hanya dengan menggoyangkan kerusi kedepan dan kebelakang tanpa penggunaan elektrik di rumah.

Skuter elektrik boleh lipat Moveo

Skuter elektrik ini yang beratnya hanya 25 kilogram boleh dilipat menjadi beg suitcase. Skuetr ini boleh membawa anda pada kelajuan sehingga 45 kilometer sejam.

Telur magnet

Telur magnet ini akan membuat sarangnya sendiri dari klip kertas apabila dilekatkan disekelilingnya.

Alat mengasing gula-gula mengikut warna

Alat ini boleh mengasingkan pelbagai warna gula-gula mengikut warna masing-masing sehingga 37 gula-gula seminit.

Penutup mata kawal mimpi

Di dalam penutup mata di terdiri dari pemancar cahaya yang boleh berubah mengikut susunan yang dipilih. Cahaya ini dikatakan akan memberi rangsangan kepada jenis mimpi yang akan dimiliki oleh pemakainya.

Cawan pemicit uncang teh

Masukkan uncang teh ke dalam air panas di dalam cawan ini. Setelah teh anda siap, anda hanya perlu menarik uncang teh ke pemegang cawan dan biarkan disitu. Ini akan membolehkan anda meminum teh tanpa gangguan uncang dan tali uncang tersebut.

Cetak memasak telur yang ceria

Dengan menggunakan cetak telur goreng yang menarik, hanya letakkan telur putih di bahagian awan dan telur kuning di bahagian matahari akan memberikan bentuk telur goreng anda yang menarik. Sesuai untuk anak yang perlukan tarikan semasa sarapan pagi.

Pen lima mata

Pen lima mata ini digunakan untuk menulis nota muzik.

Bekas plastik dengan timer

Bekas ini boleh membantu mengawal tingkahlaku. Ia hanya akan buka setelah masanya tiba untuk dibuka setelah disetkan.

Pasu bunga yang tidak akan jatuh

Pasu bunga ini direka khas untuk diletakkan di tepi pagar agar ianya tidak jatuh.

Kombinasi sudu dan chopstik

Idea menarik ini menggabungkan chopstik dan sudu. Pengguna boleh memilih sama ada memilih menggunakan sudu atau choptik semasa menggunakannya.

Kata Cik Meow Sentap…

Memang hebat ciptaan-ciptaan ini. Banyak membantu kita jika digunakan di rumah atas semasa pergi jalan-jalan. Mungkin ade barang yang dah wujud di Malaysia. Tetapi banyak lagi yang susah dijumpa atau harganya terlalu mahal.

Cik Meow sukakan penutup soket fon telinga yang comel berbentuk kucing tu. Comel macam Cik Meow jugak kan? Hehehehe.


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *