9 Tips Jimat Belanja Dapur Ini Akan Jimatkan RM1000 Setiap Bulan Duit Anda

Share lah dengan kengkawan....

Dengan keadaan ekonomi yang tak berapa stabil ni, ramai yang terasa beban bila berbelanja barang dapur. Kalau anda cuba amalkan 9 tips jimat belanja dapur ni, anda boleh jimatkan sehingga RM1000 setiap bulan duit anda!

9 Tips Jimat Belanja Dapur Ini Akan Jimatkan RM1000 Setiap Bulan Duit Anda

Barang dapur memanglah keperluan setiap rumah. Tapi kalau anda tak tahu cara mengawal duit perbelanjaan barang dapur ni, anda mungkin terpaksa gunakan duit simpanan pula untuk kegunaan yang lain.

Sebenarnya tak susah pun nak jimat belanja dapur ni. Anda boleh lakukan 9 tips jimat belanja dapur di bawah untuk setiap perbelanjaan barang dapur anda.

9 Tips Jimat Belanja Dapur Yang Akan Jimatkan RM1000 Setiap Bulan Duit Anda

1. Buat bajet kira-kira setiap bulan.

9 Tips Jimat Belanja Dapur Ini Akan Jimatkan RM1000 Setiap Bulan Duit Anda

Ramai yang terlepas pandang perkara penting  dalam tips jimat belanja dapur ni bila nak berbelanja. Sedangkan negara ada bajet, takkan kita pun tak ada bajet perbelanjaan kita kan?

Buat kira-kira pendapatan dan perbelanjaan setiap hari dan setiap bulan. Catatkan setiap perkara yang anda beli di dalam satu buku akaun. Jangan malas tau!

Kalau anda berjaya buat senarai perbelanjaan ni, anda akan dapat kenal pasti perkara yang anda tak payah beli pun sebenarnya.

Kadang kala anda dah beli pun barang dapur tu secara banyak, tapi anda anda masih beli lagi barang yang sama untuk bulan seterusnya. Kalau macam ni, duit belanja dapur  boleh dikurangkan

Baca juga Bagaimana Hanya Dengan RM20, Ibu Ini Dapat Simpan Duit RM12,600 Dalam Masa Setahun

2. Berbelanja dengan bajet yang tetap setiap bulan.

9 Tips Jimat Belanja Dapur Ini Akan Jimatkan RM1000 Setiap Bulan Duit Anda

Setelah anda mengira senarai barang dapur yang anda mahu beli, dapatkan jumlah berapa ringgit duit perbelanjaan dapur anda itu.

Anda akan dapati setiap bulan anda akan berbelanja dengan amaun yang lebih kurang sama. Jadi tetapkan duit perbelanjaan barang dapur setiap bulan.

Kemudian, bershopping dengan jumlah duit perbelanjaan yang ditetapkan tadi. Jika tak cukup, itu tanda mungkin ada barang yang anda tak perlu beli.

Jika ada duit lebih dari berbelanja barang dapur tu, anda boleh masukkan duit baki tadi ke dalam tabung belanja dapur. Duit ini boleh digunakan untuk belanja barang dapur untuk bulan seterusnya.

3. Buat shopping list

9 Tips Jimat Belanja Dapur Ini Akan Jimatkan RM1000 Setiap Bulan Duit Anda

Sebelum mula berbelanja ada baiknya anda buat senarai shopping list untuk barang dapur. Bak kata orang “if you fail to plan, you plan to fail”. Kalau takde plan, memang gagallah nak berjimat.

Pergi check dulu kat dapur barang apa yang perlu dibeli. Lepas tu buat saringan. Pastikan kalau barang tu memang betul-betul perlu dibeli atau boleh diganti dengan barang dapur alternative yang lain.

Bila berbelanja tu anda kenalah patuh dengan shopping list tu. Kadang kala kita akan beli barang yang tiada di dalam shopping list.

Habit yang macam ni yang akan boroskan duit bekanja anda. Kan lebih baik ikut sahaja shopping list itu dan anda akan dapat rewardnya.

Rewardnya, anda dapat jimat duit belanja dapur yang boleh digunakan untuk bulan seterusnya.

Baca juga Lihat Bagaimana Langkah Bijak Simpan Duit RM1 Dan RM5 Setiap Hari Membolehkan Lelaki Ini Membayar Downpayment Kereta!

4. Amaran! Jangan bershopping semasa lapar

9 Tips Jimat Belanja Dapur Ini Akan Jimatkan RM1000 Setiap Bulan Duit Anda

Apa jadi bila anda lapar? Macam semua benda tak betulkan? Kejap nak buat itu, kejap nak buat ini. Anda pun akan rasa nak marah je kan?

Bila dalam keadaan lapar. otak kita sebenarnya tidak boleh berfikir secara rasional. Jadi yang mengawal kita bila berbelanja masa lapar adalah nafsu.

Bahayanya, kita akan ikut sahaja kata nafsu suruh beli itu ini yang mungkin barang-barang tu anda tak perlu pun. Akibatnya kita akan berbelanja lebih dari bajet.

Lagi-lagi makanan ringan macam coklat dan gula-gula. Walaupun murah je tapi sebenarnya jika dikira jumlah belanja untuk sebulan dan setahun, sebenarnya banyak juga duit untuk beli makanan yang tak berkhasiat ni.

Jadi, sebelum pergi shopping, anda pastikan anda dah makan dahulu yek.

5. Periksa barang mengikut harga

9 Tips Jimat Belanja Dapur Ini Akan Jimatkan RM1000 Setiap Bulan Duit Anda

Kalau anda pergi ke pasaraya, semua barang di paras mata anda memang menarik perhatian. Tetapi barang-barang di pasras mata ni selalunya mahal.

Jadi ada baiknya pilih barang mengikut harga. Periksa juga rak-rak yang di bawah juga. mungkin ada yang murah dan sesuai dengan keperluan kita.

Jika anda mahu bandingkan kualiti barang, cuba beli barang yang kedua lebih murah. Jika hasil kualitinya sama seperti barang yang paling mahal, anda boleh bertukar kepada barang yang kedua mahal.

Walaupun hanya murah beberapa ringgat atau sen pun, ianya tetap menjimatkan. Dan setiap yang menjimatkan itu menjadi reward anda.

Baca juga 6 Tempat Simpan Duit Yang Beri Banyak Keuntungan Untuk Nilai Duit Simpanan Anda

6. Beli-belah secara pukal

9 Tips Jimat Belanja Dapur Ini Akan Jimatkan RM1000 Setiap Bulan Duit Anda

Tips jimat belanja dapur yang ni memang boleh banyak jimatkan duit anda. Membeli secara pukal dapat kurangkan kos per setiap unit suatu barang yang anda beli.

Jadi bila ada promosi jualan penghabisan stok , anda bolehlah beli dengan kuantiti yang banyak. Ini akan menjimatkan duit anda untuk jangka panjang.

Barang basah seperti daging dan makanan laut yang dibeli secara pukal, boleh dibekukan untuk digunakan di bulan-bulan yang akan datang.

Jadi untuk bulan seterusnya mungkin anda tidak perlu lagi beli barang dapur yang sudah dibeli secara pukal itu. Bijakkan?

7. Cari penjual yang menjual dengan harga berbaloi

9 Tips Jimat Belanja Dapur Ini Akan Jimatkan RM1000 Setiap Bulan Duit Anda

Ada juga barang dapur yang tidak sesuai dibeli secara pukal seperti sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Barang seperti ini tidak tahan lama dan akan menjadi pembaziran jika tidak digunakan sebelum ianya layu atau busuk.

Jika anda dapat membeli terus dari peladang sayur buah-buhan, atau membeli ikan terus dari nelayan, maka ianya menjimatkan kerana tiada kos peraih orang ketiga.

8. Tanam sendiri tanam yang mahu digunakan di rumah

9 Tips Jimat Belanja Dapur Ini Akan Jimatkan RM1000 Setiap Bulan Duit Anda

Cara yang sangat menjimatkan juga ialah menanam pokok-pokok anda sendiri di rumah. Tanaman seperti daun pandan, daun sup, daun bawang, serai, cili padi dan sebagainya senang ditanam di dalam pasu.

Dengan adanya tanam-tanam ini, anda mungkin tidak lagi perlu membeli di pasar. Ini akan menjimatkan banyak duit belanjan dapur anda setiap bulan.

Baca juga 12 Tanaman Yang Mudah Ditanam Di Dapur Anda, Segera Dimakan Dan Digunakan

9. Sertai program keahlian pasaraya berdekatan

9 Tips Jimat Belanja Dapur Ini Akan Jimatkan RM1000 Setiap Bulan Duit Anda

Jika anda kerap berbelanja di pasar raya seperti Tesco, AEON, Hero Market dan sebagainya, pastikan anda mempunyai kad keahlian pasar raya tersebut.

Anda akan dapat mengumpul mata ganjaran yang boleh ditebus untuk kupon diskaun. Di samping itu, anda dapat menikmati pelbagai jenis promosi seperti potongan harga khas untuk ahli, Member Day Sale dan sebagainya.

Baca juga Bagaimana Hanya Dengan RM20, Ibu Ini Dapat Simpan Duit RM12,600 Dalam Masa Setahun

Yang mana diantara tips jimat belanja dapur ni yang anda dah praktikkan. Jika anda lakukan dengan konsisten, mesti anda boleh jimat lebih lagi setiap bulan.

JOm kongsikan tips jimat belanja dapur ni dengan kawan-kawan anda.


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *