6 Tempat Simpan Duit Yang Beri Banyak Keuntungan Untuk Nilai Duit Simpanan Anda

Share lah dengan kengkawan....

Menyimpan duit sebagai simpanan sudah menjadi kemestian untuk kewangan yang stabil. Tapi kalau kita ada duit pun kat mana tempat simpan duit yang mudah dan beri banyak keuntungan pada nilai duit kita? Jom baca kenapa 6 tempat simpan duit ini beri banyak keuntungan untuk nilai duit simpanan anda.

Kenapa 6 Tempat Simpan Duit Ini Beri Banyak Keuntungan Untuk Nilai Duit Simpanan Anda
Seorang wanita, Nor Aliah Mohd Nor ada berkongsi di Facebook tentang 6 tempat simpan duit yang beri banyak keuntungan pada nilai duit simpanan.

Sebenarnya berapa yang perlu di simpan sebagai duit simpanan?

Ada yang kata antara 20 hingga 30a peratus dari pendapatan. Tetapi yang penting adalah simpanan itu mesti dibuat secara konsisten dan ditempat yang memberikan keuntungan kepada nilai duit kita tadi.

Baca juga Bagaimana Hanya Dengan RM20, Ibu Ini Dapat Simpan Duit RM12,600 Dalam Masa Setahun

Jom kita baca perkongsian Nor Aliah tentang 6 tempat simpan duit yang beri banyak keuntungan pada nilai duit kita

Kenapa 6 Tempat Simpan Duit Ini Beri Banyak Keuntungan Untuk Nilai Duit Simpanan Anda
Kenapa 6 Tempat Simpan Duit Ini Beri Banyak Keuntungan Untuk Nilai Duit Simpanan Anda6 Tempat Simpan Duit Ini Beri Banyak Keuntungan Untuk Nilai Duit Simpanan Anda

1. ASB
Kenapa 6 Tempat Simpan Duit Ini Beri Banyak Keuntungan Untuk Nilai Duit Simpanan Anda
Ramai juga yang menyimpan duit di ASB. Sudah tentu ASB menjadi salah satu dari 6 tempat simpan duit sebab pulangannya yang agak berbaloi dan dijamin kerajaan.

Ada baiknya, anda tetapkan apa tujuan nak simpan duit dalam ASB. Kerana duit simpanan duit di dalam ASB berbaloi hanya untuk jangka panjang.

Ini kerana kiraan dividen ASB berlaku sekali setahun dengan kadar keuntungan di antara 5-10%. Lagi lama anda menyimpan duit di dalam ASB lagi banyak keuntungan!

Tetapkan jumlah duit yang mahu disimpan di ASB setiap bulan walaupun RM100. Yang penting konsisten.

Tapi kalau nak cepat, boleh buat pinjaman ASB untuk mendapat keuntungan yang lebih banyak dan lebih cepat berbanding menyimpan duit setiap bulan.

Jangan sesekali tamatkan pinjaman ASB anda terlalu cepat kecuali anda sangat memerlukan wang itu atau ada tempat yang lebih memberi keuntungan berbanding ASB.

Baca juga Bagaimana Kehidupan RM3 Sehari Selama 6 Bulan Boleh Berubah Sehingga Keuntungan RM30,000

2. Tabung Haji

Kenapa 6 Tempat Simpan Duit Ini Beri Banyak Keuntungan Untuk Nilai Duit Simpanan Anda

Antara 6 tempat simpan duit ialah Tabung Haji. Walaupun simpanan duit bertujuan untuk mengumpul duit untuk menunaikan ibadah haji, tetapi Tabung Haji mampu memberikan pulangan yang untung kepada penyimpan.

Dengan modal yang rendah, anda boleh menyimpan duit di dalam Tabung Haji setiap bulan. Dividennya juga antara 5 hingga 12 peratus bergantung kepada rekod keuntungan tahunnya.

Yang bagusnya, simpanan anda di dalam Tabung Haji akan dibayarkan zakat tanpa anda perlu membayarnya sendiri.

Ianya juga sudah tentu simpanan yang patuh syariah.

Bila anda ingin menggunakan semula duit simpanan anda, anda boleh terus keluarkan duit dari mana-mana Tabung Haji berdekatan.

Tapi kalau awal-awal dah keluarkan duit, tak banyaklah keuntungan yang anda akan dapat.

3. Private Retirement Scheme (PRS) atau dikenali sebagai Skim Persaraan Swasta

Kenapa 6 Tempat Simpan Duit Ini Beri Banyak Keuntungan Untuk Nilai Duit Simpanan Anda

PRS ini melengkapkan plan simpanan persaraan wajib seseorang melalui KWSP.  Ianya juga dijadikan sebagai simpanan tambahan untuk persaraan.

Simpanan ini dapat melawan inflasi dan berpeluang mendapat pulangan pelaburan yang baik. Tambahan kepada Simpanan Persaraan.

Simpanan Persaraan PRS akan melengkapkan simpanan persaraan KWSP seseorang. Manakala pelepasan cukai individu juga akan mendapat pengecualian sehingga RM3,000 setahun penilaian bagi 10 tahun pertama.

Tidak ramai yang tahu ada peruntukan bajet 2017 untuk anak muda linkungan umur 20-30-an. Kerajaan mengumumkan pemberian sumbangan RM1,000 one-off di bawah Private Retirement Scheme (PRS) Youth Incentive.

Yang paling penting sekali, untuk pastikan kualiti hidup yang lebih terjamin ketika bersara.

Baca juga 4 Faktor Yang Menyebabkan Duit Permulaan Beli Rumah Jadi Mahal

4. Simpanan emas sebagai tabung pendidikan

Kenapa 6 Tempat Simpan Duit Ini Beri Banyak Keuntungan Untuk Nilai Duit Simpanan Anda
Cuba kira berapa nisbah gram emas yang diperlukan untuk belanja pengajian universiti hari ini. Berdasarkan pinjaman yang diberikan oleh PTPTN untuk pengajian jurusan sastera di IPTA iaitu RM6500 setahun.

6500 × 5 tahun = RM32,500

Maka jumlah pinjaman sekitar RM32,500. Jadi kita boleh andaikan, kos pengajian universiti tempatan sekitar RM35,000 hingga RM40,000 pada hari ini. Ia bersamaan nilai dalam lingkungan 210 hingga 240 gram emas.

Kalau kita simpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula dari hari kelahirannya, maka ia akan ambil masa 18 hingga 20 tahun untuk cukupkan emas sebanyak itu. 20 × 12 = 240 gram

Simpanan itu kalis inflasi. Pendek kata, 240 gram emas itu cukup untuk tampung pendidikan anak-anak walau apa pun berlaku kepada ekonomi dan ringgit. Anak-anak tak perlu ambil pinjaman PTPTN seperti kita.

Tak perlu ajar anak-anak kita berhutang seusia muda sebab tabiat berhutang adalah tabiat yang kurang baik.

Kalau simpan 1 gram sebulan sejak hari kelahiran, pada umur 18 tahun setiap anak akan memiliki 240 gram emas dengan nilai hari ini sekitar RM43,200 (RM180 x 240 gram). Ianya cukup untuk kos pengajian universiti tempatan tanpa perlu pinjaman PTPTN!

Cara terbaik simpan 1 gram!

Persoalan seterusnya, di mana nak beli emas 1 gram ini?

Untuk makluman anda semua, gold bar 1 gram harga per gramnya sangat mahal. Ini disebabkan kos pembuatan emas bersaiz kecil memang mahal. Kosnya dalam linkungan RM210 hingga RM250 mengikut syarikat-syarikat yang berlainan.

Cara lain:

Cara terbaik untuk simpan emas 1 gram sebulan, dah siap disediakan oleh PUBLIC GOLD utk orang-orang yang berpendapatan sederhana melalui akaun GAP.

Walaupun ia akaun emas, tetapi ianya boleh keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri (kalau mahu). Dan yang pastinya, harganya termurah di pasaran Malaysia sekarang. Kita boleh buka satu akaun untuk setiap anak (dengan nama ibu / bapa sebagai pemilik bersama).

5. Tabung warna

Kenapa 6 Tempat Simpan Duit Ini Beri Banyak Keuntungan Untuk Nilai Duit Simpanan Anda
Tabung warna merupakan cara yang paling menarik, mudah dan untung. Cara ini adalah sesuai untuk golongan yang mempunyai disiplin tinggi dan ingin menyimpan secara tetap.

Anda perlu tetapkan dahulu warna tabung yang anda inginkan. Contohnya, jika pilih warna hijau dan oren (RM5 dan RM20), jadi anda perlu menyimpan duit kertas RM5 dan RM20 setiap kali anda terima duit tersebut.

Anda tak boleh belanjakan dengan menggunakan duit RM5 dan RM20 tersebut untuk perbelanjaan harian anda.

Faktor menyimpan duit mengikut warna bukan sahaja kelihatan menarik, malah mendidik kita untuk lebih berjimat dan menghargai setiap duit yang kita terima.

Bila sampai hujung tahun, anda boleh keluarkan duit simpanan tersebut dan laburkan di tempat yang betul.

Baca juga Rahsia Kejayaan Safiey Bergelar Jutawan Seawal 19 Tahun, Miliki Hummer, Audi, Mini Cooper Secara Cash!

6. Unit Trust

Kenapa 6 Tempat Simpan Duit Ini Beri Banyak Keuntungan Untuk Nilai Duit Simpanan Anda
Unit Trust ialah simpanan jangka sederhana ke panjang. Biasanya matlamat yang ditetapkan bagi simpanan jenis ini ialah persaraan, pendidikan anak, Haji/Umrah, beli rumah atau berkahwin.

Ramai familiar dengan ASB. ASB juga unit trust tetapi untuk jangka pendek.

Tempoh: 3 tahun – 5 tahun atau lebih. Dari segi keuntungan pula boleh bagi 10%-15% purata pulangan kalau simpan 3 tahun – 5 tahun atau lebih daripada itu.

Keuntungan ada 3 jenis:

Capital gain: Harga naik turun. Kedua dua keadaan ini sebenarnya bagi kelebihan kepada klien. Yang terbaik beli masa murah, jual masa mahal.

Dividen: Fund yang lebih 2 tahun mesti ada dividen. Ada konsultan yang boleh maklumkan lagi baik. Dapat dividen, dapat unit PERCUMA.
Bonus: Dapat bila company declare.

Unit Trust sebaiknya ada konsultan yang pantau akaun. Konsultan yang akan pening kepala untuk bila masa sesuai tambah simpanan, bila dapat dividen dan bila switching fund.

Fund terbaik ialah moderate fund. Volatility sederhana yang memudahkan klien untung juga mudahkan konsultan.

Jadi, adakah anda bersedia untuk berubah menjadi lebih disiplin dalam menyimpan wang untuk masa hadapan? 🙂

Sumber Facebook Nor Aliah Mohd Nor 

Sebenarnya ada banyak lagi tempat simpan duit selain 6 tempat simpan duit di atas. Tapi 6 tempat simpan duit di juga dah baik untuk mereka yang mahu menyimpan duit simpanan.

Kongsikan 6 tempat simpan duit yang boleh bagi banyak keuntungan ni dengan kawan-kawan anda yek


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *