5 Perkara Buruk Boleh Berlaku jika Anda Buang Air Besar secara Duduk. (Video)

Share lah dengan kengkawan....

Kebanyakkan orang memang suka gunakan tandas duduk. Sebab dengan duduk mungkin lebih senang nak selesaikan hajat besar tu. Berbanding tandas cangkung yang leceh sikit sebab kene cangkung kan. Kalau cangkung lama-lama mungkin lenguh pulak kaki tu. Tetapi tahukah anda ada 5 perkara buruk boleh berlaku jika anda buang air besar secara duduk?

Kalau di Jepun, tandas duduk ni dah direka dengan teknologi tinggi. Korang datang je, penutup tandas tu akan terbuka secara automatik. Siap boleh tolong bilaskan punggung korang. Paling menenangkan, boleh pasang lagu untuk beri mood yang tenang masa nak buang air tu. Harga nye? Mencecah USD50,000 sebijik. (RM221,525.00)

Mahal gillerrr!!


Tapi tahu tak sebenarnya walaupun tandas duduk, mahal ke murah, korang sebenarnye membuang air besar dengan cara yang salah. Tandas duduk lah yang akan banyak memberi masalah kat korang. Masalah yang bakal korang hadapi memang besar dan bahaya!

Sebabnya bila duduk, usus besar akan mengecut sebab ditarik oleh otot di bawah rektum. Jadi najis tak mudah lah jatuh ke bawah. Memang lah kan! Masa kita duduk mesti lah kita tak nak najis kita tiba-tiba je keluar kan? Malu lah orang nengok. ???

Jadi, bila buang air besar dalam posisi duduk, korang kena meneran dengan kuat untuk menolak najis keluar melalui usus rektum yang sempit. Proses buang air besar macam ni akan jadi lebih lama dan susah.

Tapi bila kita cangkung, otot yang menarik usus rektum tadi akan relax. Jadi, usus rektum akan terbuka dan najis akan keluar sendiri dengan mudah. Tak perlu nak meneran terlalu lama untuk buang najis tu. Proses buang air besar dengan cangkung akan lebih cepat dan mudah. ????

5 perkara buruk boleh berlaku jika anda buang air besar secara duduk.

Haaa bagi yang tak percaya, bersedialah dengan 5 Perkara Buruk yang korang bakal hadapi kalau tak ubah kepada buang air besar secara cangkung.

1. Sembelit

Semasa membuang air besar, najis akan turun ke bawah dengan bantuan graviti. Jika usus rektum menjadi sempit disebabkan posisi duduk, najis susah untuk turun dan keluar. Ini menyebabkan penyakit sembelit.

2. Buasir

Apabila sembelit kerap berlaku, korang perlu meneran lebih kuat untuk menolak keluar najis dari usus rektum. Tekanan yang tinggi akan menyebabkan dinding dalam usus menipis. Ini akan memberi kesakitan pada kawasan dubur. Dinding dalam usus lama kelamaan akan menipis dan membengkak dan keluarlah buasir.

3. Penyakit Usus

Apabila sembelit dan buasir berlaku, kebanyakkan najis tidak habis keluar. Najis yang tertinggal dalam usus akan mengganggu proses penyerapan nutrient dan zat penting. Toksin dari najis yang tidak dibuang juga akan mengganggu usus dan menyebabkan penyakit usus berlaku.

4. Masalah / Jangkitan Salur Kencing

Posisi cangkung juga melancarkan proses membuang air kecil. Posisi duduk boleh mengganggu proses membuang air kecil dan kebanyakkan air kencing tidak habis dikeluarkan. Air kencing yang terkumpul dalam pundi kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada air kencing atau dinamakan penyakit  “kencing kotor”.

5.Masalah Lantai Pelvik

Posisi duduk semasa membuang air besar boleh mengganggu lantai pelvik dan lantai pelvik akan menjadi lemah. Ini menyebabkan risiko penyakit “Prolapse” dimana pundi kencing, peranakan dan usus boleh jatuh kebawah lantai pelvik yang menerukkan penyakit sembelit atau “kencing kotor”

Penyelesaiannya?

Kalau rumah dah memang ade tandas jenis duduk, boleh cuba guna bangku khas tandas duduk macam video nih. Atau nak senang, kat rumah ade dua jenis tandas. Tandas cangkung dan duduk. Boleh pilih ikut keselesaan masing-masing. Selamat mencuba!


Kata Cik Meow Sentap…

Haaa kalau dah faham 5 perkara buruk boleh berlaku jika anda buang air besar secara duduk? Dah faham jugak cara nak buang air besar yang betul, betulkan lah dari sekarang.

Takut lama-lama nanti makin teruk pulak sembelit korang tuh. Lama-lama buasir pulak yang keluar. Tak ke naya tu nama nye.

Nabi Muhammad pun dah suruh, buang hadas besar kene cangkung kan? Memang betullah tu ini cara yang terbaik untuk buang najis dah badan lebih sihat.

Lepas nih terus beli bangku khas nak cangkung kat mangkuk tandas duduk tuh. Pergi beli ….sekarang tau!


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *