5 Benda Wajib Ada Sebelum Umur Anda 35 Tahun Untuk Hidup Yang Selesa

Share lah dengan kengkawan....

Kalau anda masih muda, 5 benda wajib ada sebelum umur anda 35 tahun ni mesti capai. Kalau belum dapat jugak tu maksudnya mungkin ada masalah dari pengetahuan kewangan anda.

Kalau nak capai semua ni mesti kena ada perancangan yang rapi. Belum terlambat lagi sebenarnya untuk dapatkan semua benda ni selagi anda masih ada halatuju dan perancangan yang baik.

5 Benda Wajib Ada Sebelum Umur Anda 35 Tahun Untuk Hidup Yang Selesa

Jika anda seorang pelajar universiti, rancang lah perjalanan kewangan anda dari sekarang.

Kena ambil kirae nak buat apa lepas graduate, nak kerja mana, dapat gaji pertama nak buat apa, lepas setahun bekerja nak capai apa, bla…bla…bla…

Lagi lambat anda mula merancang, lagi susahlah anda nak capai 5 benda wajib ada sebelum terlambat ni.

5 Benda Wajib Ada Sebelum Umur Anda 35 Tahun Untuk Hidup Selesa

1. Duduk rumah yang selesa

5 Benda Wajib Ada Sebelum Umur Anda 35 Tahun Untuk Hidup Yang Selesa

Umur dah masuk 35 tahun dah boleh dah fikir nak settle down kat mana. Sampai bila nak berpindah randah lagi, kan.

Jadi, belilah rumah yang selesa untuk kau duduk bersama isteri dan anak-anak. Lagi best kalau dapat rumah bertanah.

Boleh parking kereta depan rumah, kan? Tapi ikutlah kemampuan masing-masing ya.

Baca juga 6 Tempat Simpan Duit Yang Beri Banyak Keuntungan Untuk Nilai Duit Simpanan Anda

2. Dua rumah untuk pelaburan

5 Benda Wajib Ada Sebelum Umur Anda 35 Tahun Untuk Hidup Yang Selesa

Sebelum kau teringin duduk rumah sendiri, pastikan paling kurang kau ada dua biji rumah lain yang disewakan atau dijadikan pelaburan.

Itu aset yang harganya akan naik. Dapat jugalah kau merasa cashflow ratus-ratus setiap bulan. Jadilah duit geli-geli.

Bila usia milikan rumah dah matang, jual rumah tu, dapat untung lagi.

3. Simpanan enam bulan gaji

5 Benda Wajib Ada Sebelum Umur Anda 35 Tahun Untuk Hidup Yang Selesa

Kita jadi risau dengan kewangan dan pelaburan kita kalau kita tak ada simpanan enam bulan gaji kita ni.

Saya lebih suka anggap simpanan ni adalah dana kecemasan. Bila kau cemas, kau pakai duit ni.

Jangan berhutang dengan kawan. Apatah lagi buat personal loan sebab duit belanja tak cukup setiap bulan.

Jangan. Jangan. Jangan!

Baca juga Bagaimana Hanya Dengan RM20, Ibu Ini Dapat Simpan Duit RM12,600 Dalam Masa Setahun

4. Simpanan bulanan tetap

5 Benda Wajib Ada Sebelum Umur Anda 35 Tahun Untuk Hidup Yang Selesa

Kalau kau berjaya buat simpanan tetap setiap bulan, maksudnya tahap kewangan kau dalam keadaan baik.

Sebab kau punya belanja kurang daripada gaji. Untuk yang bujang, simpanlah 30%-50% daripada gaji bulanan.

Kalau dah kahwin, 10%-30%. Patutnya umur 35 tahun dah takda masalah nak buat simpanan tetap bulanan.

5. Kereta yang memuaskan

 

5 Benda Wajib Ada Sebelum Umur Anda 35 Tahun Untuk Hidup Yang Selesa

Dah sepuluh tahun menangguh nafsu nak pakai kereta best, kan. Jadi pada umur 35 tahun ni, apalah salahnya reward yourself.

Bolehlah kau angkat satu kereta yang best-best. Mungkin bukan kereta idaman yang harga ratus-ratus ribu tu.

Dapat yang harga RM100K++ pun okay sangat dah tu. Bawak famili jalan-jalan pun selesa.

Takkanlah umur 35 tahun masih nak duduk menyewa, hisap rokok paw kawan, tengok wayang dengan awek, hujung bulan baki dalam akaun tinggal RM10, takda simpanan, pinjam duit mak bapak.

Baca juga Lihat Bagaimana Langkah Bijak Simpan Duit RM1 Dan RM5 Setiap Hari Membolehkan Lelaki Ini Membayar Downpayment Kereta!

5 Benda Wajib Ada Sebelum Umur Anda 35 Tahun Untuk Hidup Yang Selesa

Nak capai semua ni mesti kena ada perancangan. Katakanlah mula bekerja pada umur 25 tahun. Kau kena capai semua ni dalam masa 10 tahun daripada sekarang. Rancang cepat!

Sebelum graduate nak buat apa, dapat gaji pertama nak buat apa, lepas setahun bekerja nak capai apa. Lagi lambat kau mula merancang, lagi susahlah kau nak capai 5 poin kat atas tu.

Takkanlah umur 35 tahun masih nak duduk menyewa, hisap rokok paw kawan, tengok wayang dengan awek, hujung bulan baki dalam akaun tinggal RM10, takda simpanan, pinjam duit mak bapak.

Tak nak gelak.

Nanti ada orang sentap. Ops! – HF

Nota: Kalau kau dapat capai semua ni pada umur 30 tahun lagilah bagus. Takda siapa nak halang kau. Konsepnya, lagi cepat, lagi bagus.

#harithfaisal

Sumber Facebook Harith Faisal

Baca juga Bagaimana Kehidupan RM3 Sehari Selama 6 Bulan Boleh Berubah Sehingga Keuntungan RM30,000

Yang mana di antara 5 benda wajib ada sebelum umur anda 35 tahun ni yang anda dah dapat? Kalau yang belum tu boleh teruskan usaha mulai hari ni.

Kongsikan artikel ni dengan kawan-kawan anda yek.


Share lah dengan kengkawan....

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *