4 Faktor Yang Menyebabkan Duit Permulaan Beli Rumah Jadi Mahal

Share lah dengan kengkawan....

Bila nak beli rumah, banyak sebenarnya perkara yang perlu kita ambil tahu. Selain bayaran bulanan, bayaran pendahuluan serta bayaran yang lain juga perlu diambil kira. Kalau kita tak tahu 4 faktor yang menyebabkan duit permulaan beli rumah jadi mahal ni, memang teruk lah kita nanti!

4 Faktor Yang Menyebabkan Duit Permulaan Beli Rumah Jadi Mahal

Sebelum membeli rumah, ada baiknya kita belajar seba sedikit perkara-perkara penting yang melibatkan duit pendahuluan beli rumah ni.

Jika kita tahu faktor-faktor yang dapat menjimatkan duit atau menyebabkan kos pembelian rumah menjadi mahal, kita akan lebih bijak memilih rumah yang sesuai dengan kemampuan kita.

4 Faktor Yang Menyebabkan Duit Permulaan Beli Rumah Jadi Mahal

1. Deposit Rumah

4 Faktor Yang Menyebabkan Duit Permulaan Beli Rumah Jadi Mahal

Kebiasaannya,  kita hanya perlu menyediakan duit 10% daripada harga jualan rumah itu. Sebabnya, kebanyakan bank hanya memberi pinjaman maksimum sebanyak 90% daripada market value rumah yang kita ingin beli.

Sebagai contohnya:

Jika harga rumah RM250,000,
Deposit Rumah ialah 10% dari RM250,000 = RM25,000

Kita perlu mempunyai wang tunai atau duit simpanan sebanyak RM25,000. Banyak tu!

Tapi jika kita ada mencarum KWSP, kita boleh mengeluarkan duit dari akaun KWSP kita untuk pembayaran deposit rumah tersebut.

Baca juga 20 Idea Menarik Menghias Balkoni Rumah Anda Menjadi Hebat

Jika tidak, mungkin anda kena simpan sendiri duit deposit sebelum betul-betul beli rumah itu.

Cara lain yang boleh menjimatkan duit deposit rumah adalah cari rumah yang kontraktor rumah memberi diskaun sebanyak 10% dari jumlah harga jualan rumah itu.

Maka bank akan memberi pinjaman 90% kepada harga jualan rumah itu. Jadi anda akan jimat sebanyak RM25,000 dengan membeli rumah yang diberikan diskaun 10% ini.

Bagus kan?

2. Legal Fee dan Stamp Duty

4 Faktor Yang Menyebabkan Duit Permulaan Beli Rumah Jadi Mahal

Kos peguam juga antara 4 faktor yang menyebabkan duit permulaan beli rumah jadi mahal.

Peguam diperlukan dalam banyak urusan seperti caveat, pendaftaran pejabat tanah, pengangkutan, telefon, photocopy, land search, dan lain-lain lagi.

Sebagai contoh, lihat kira-kira legal fee dan stamp duty seperti di bawah;

[LEGAL FEE]

Harga jualan: RM250,000
First RM150K,000: RM150,000 x 1.0% = RM1,500
Next RM100,000 : RM100,000 x 0.7% = RM700
Total : RM1,500 + RM700 = RM2,200

[STAMP DUTY]
Harga jualan: RM250,000
First RM100,000 : RM100,000 x 1.0% = RM1,000
Next RM150,000 : RM150,000 x 2.0% = RM3,000
Total : RM1,000 + RM3,000 = RM4,000

Jika anda plan nak beli rumah pertama, anda LAYAK untuk mendapatkan diskaun Stamp Duty sebanyak 50%. Tapi kalau dah ada rumah lain memang tak dapat lah.

Kiraan di atas ini tidak termasuk lagi yuran guaman atau lawyer fee dan beberapa yuran kecil lagi yang belum dimasuk kira lagi.

Ada baiknya anda berjumpa beberapa lawyer urus jual beli rumah sebelum membeli rumah supaya dapat membezakan kos-kos ini.

Baca juga 16 Gajet Terbaru Dan Menakjubkan Untuk Mereka Yang Suka Memasak

Ada juga peguam yang memberi lebih banyak diskaun kerana lawyer yang dianjurkan oleh kontraktor perumahan, promosi jualan atau peguam tu memang sukakan anda.

Kalau macam ni lebih banyak anda dapat jimat duit pembelian rumah itu nanti.

3. Valuation Fee

4 Faktor Yang Menyebabkan Duit Permulaan Beli Rumah Jadi Mahal

Antara 4 faktor yang menyebabkan duit permulaan beli rumah jadi mahal yang ramai terlepas pandang juga adalah valuation fee.

Valuation Fee biasanya akan termasuk sekali dalam pakej pinjaman yang diberi oleh pihak bank. Valuatin fee juga berubah mengikut kawasan dan faktor-faktor lain.

Berikut adalah contoh kira-kira valuation fee untuk rumah berharga RM250,000 ;

Harga jualan: RM250,000
First RM100,000 : RM100,000 x 0.25% = RM250
Next RM150,000 : RM150,000 x 0.2% = RM300
Total : RM250 + RM300 = RM550

4. Insurans perumahan.

4 Faktor Yang Menyebabkan Duit Permulaan Beli Rumah Jadi Mahal

Insurans untuk kediaman adalah salah satu polisi insurans paling penting untuk kita miliki. Rumah merupakan satu pelaburan terbesar dan pasti kita ingin melindunginya.

Kebiasaannya insurans akan termasuk sekali dalam pakej pinjaman yang diberi oleh pihak bank. Jadi, anda boleh memeriksa kembali jika pakej yang diberikan tidak lengkap dengan insurans.

Tetapi anda perlu memastikan jumlah lindungan insurans, tempoh lindungan insurans dan jenis insurans perumahan tersebut.

Jika tempoh insurans perumahan itu dihanyalah 20 tahun berbanding kebiasaannya 30 tahun, anda akan rugi apabila anda telah 20 tahun memiliki rumah itu.

Jika anda ingin menyambung semula insurang rumah itu, anda perlu membayar lagi insurans rumah tetapi pada masa itu mungkin bayaran insurans rumah lebih mahal!

Baca juga Bagaimana Hanya Dengan RM20, Ibu Ini Dapat Simpan Duit RM12,600 Dalam Masa Setahun

Ada baiknya anda menyediakan dahulu wang tunai sekurang-kurangnya 13% daripada harga jualan rumah tersebut sebelum membuat pembelian rumah supaya urusan jual beli rumah berjalan lancar.

Jom kongsikan 4 faktor yang menyebabkan duit permulaan beli rumah jadi mahal ni kepada kawan-kawan kita yang nak beli rumah tu.


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *