25 Laman Web Yang Anda Perlu Lihat Untuk Hilangkan Kebosanan

Share lah dengan kengkawan....

Kadang kala ada masa bila kita terasa bosan. Mungkin setelah penat membuat kerja. Mungkin penat memikirkan masalah harian. Mungkin anda terasa memerlukan masa untuk relax dan berfikir sejenak. Atau sebenarnya anda memang dah tak tahu nak buat apa sebab terlalu bosan. Apa kata anda pergi ke 25 laman web yang anda perlu lihat untuk hilangkan kebosanan anda ini.

25 Laman Web Yang Anda Perlu Lihat Untuk Hilangkan Kebosanan

The Secret Door

Laman web ini sentiasa memberi kejutan. Setiap kali anda menekan pintunya, ia akan membawa anda ke tempat dari yang lain. Cuba sendiri dan bersedia untuk sebarang kejutan!

Radiooooo

Laman web ini mengumpulkan lagu paling popular mengikut tahun, dekat di sesuatu kawasan di seluruh dunia. Cuba lihat jika lagu kegemaran anda tersenarai di laman web itu.

Liveplasma

Laman web ini pula memberi cadangan lagu baru, artist baru yang anda patut cuba dengar atau meminati berdasarkan pilihan anda. Cuba taipkan Siti Nurhaliza dan lihat apa yang keluar.

GeoGuessr

Website ini pula seperti mainan geografi. Ia akan membawa anda se suatu kawasan dan anda harus meneka dimanakah tempat tersebut.

The Museum of Endangered Sounds

Ini pula seakan museum untuk menyimpan bunyian. Tetapi bukan semua jenis bunyi. Tetapi mengumpulkan semua jenis bunyian yang akan hilang dari dunia disebabkan ianya tidak diperlukan oleh manusia lagi.

8-bit icon constructor

Suatu laman web yang menarik untuk anda membuat imej avatar. Tetapi akan menjadi imej pixel yang kelakar dan unik.

The sound of rain

Jika anda sukakan alam semula jadi, anda boleh mencuba pergi ke laman web ini. Ia mngumpulkan pelbagai jenis bunyi hujan yang turun dan anda boleh merasakan ketenangan apabila mendengarnya.

A little alchemy

Laman web ini sesuai untuk mereka yang minat dengan ilmu kimia. Campurkan 4 element utama dan lihat hasilnya.

Learn to touch type using all ten fingers

Jika anda masih belum cekap menaip papan kunci, laaman web ini boleh menjadi tempat anda melatih cara yang betul menaip papan kunci dengan kesemua sepuluh jari.

Mitoza

Lawan web ini sungguh kreatif. Ia bukan sahaja menunjukkan animasi yang cantik, tetapi membuat plot cerita hanya dengan pilihan anda menekan salah satu dari dua pilihan butang disebelahnya. Anda akan terasa ingin tahu apa akan terjadi seterusnya jika anda terus menekan butan itu.

Virtual Piano

Seperti namanya, laman web ini menyediakan piano maya yang anda boleh mainkan dengan menggunakan papan kunci. Anda juga boleh belajar cara bermain piano dengan bantuan laman web ini.

Compose music

Hanya dengan menekan butang-butang anda boleh mereka irama tersendiri seakan anda seorang pereka muzik.

Explore the stars

Laman web ini membawa anda dekat dengan bintang-bintang dan planet-planet yang dijumpai manusia. Dengan animasi yang realiti, ianya sungguh berinfomasi untuk pembelajaran ilmu astronomi.

The world flight map

Laman web yang sangat berguna ini dapat menunjukkan dimana jadual pernerbangan kapal terbang seluruh dunia pada masa yang tepat.

Catch the black cat

Ianya adalah permainan yang mudah. Hanya perlu menekan butang untuk cuba menangkap kucing itu.

How many people are in space right now?

Anda nak tahu berapa orang dan siapakah mereka yang sedang berada di ruang angkasa lepas sekarang? Lihat laman web ini.

Toonator

Jika anda seorang yang gemar melukis, laman web ini menjadikan anda pelukis kartun yang mudah. Lukis beberapa siri kartun anda dan lihat ianya bergerak. Sungguh menarik!

LoungeV

Laman web ini merakam suasana keindahan permandangan di beberpa tempat menarik di dunia. Besarkan skrin dan nikmati permandangan yang indah dan menenangkan.

Airpano

Seperti laman web sebelum ini, ia juga memberi rakaman permandangan yang cantik tetapi dengan permandangan 360 darjah yang berresolusi tinggi.

Wikipedia: Unusual Articles

Mengumpulkan artikel-artikel tentang perkara yang unik, aneh dan ajaib yang pernah berlaku di dunia.

OMFG Dogs

Jika anda masih rasa bosan cuba lihat laman web ini. Anda akan terkejut melihatnya!

Yang mana di antara 25 laman web yang anda perlu lihat untuk hilangkan kebosanan ini yang anda sukai? Kongsikan dengan keluarga dan kawan-kawan anda jugak ye.


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *