16 Gajet Terbaru Dan Menakjubkan Untuk Mereka Yang Suka Memasak

Share lah dengan kengkawan....

Memasak memang memerlukan fokus dan gerak kerja yang teliti. Untuk menyediakan hidangan yang sedap dan menarik tidak semudah yang kita fikirkan. Tetapi dengan idea-idea kreatif di bawah, anda yang suka memasak tentu sukakan gajet-gajet yang sangat membantu memudahkan kerja measak anda. Jom kita lihat 16 gajet terbaru dan menakjubkan untuk mereka yang suka memasak ini.

16. Pemegang daging.


Pemegang daging ini sudah tentu akan memudahkan anda memotong daging menjadi kepingan steak yang sama tebal dan menarik untuk hidangan.

Baca juga 20 Gajet Luar Biasa Yang Semestinya Memudahkan Kehidupan Anda

15. Pelindung jari


Dengan adanya pelindung jari ini, anda tidak perlu risau lagi jika anda terhiris jari sendiri. Aucchhh! Sakit tuuu!

14. Bakul memasak pasta


Apabila pasta sudah siap, ianya sangat mudah ditoskan dan terus diletakkan di pinggan.

13. Bekas kek untuk memotong lapisan kek


Dengan menggunakan ini, memotong kek menjadi lapisan yang sekata bukan menjadi kerja yang susah lagi.

Baca juga 9 Aktiviti Menarik Yang Mudah Anda Buat Sendiri Membuatkan Anak Anda Aktif

12. Pembentuk bebebola daging


Membentuk bebola daging dengan tangan mungkin menyebabkan saiz bebola daging tersebut tidak sekata. Apabila anda menggunakan alat ini, kerja membuat bebola daging sudah tentunya menjadi mudah!

11. Pemegang penutup periuk


Gunakan alat ini jika anda perlukan penutup periuk anda terbuka sedikit semasa memasak.

10. Pemotong pastry sempurna


Dengan alat ini, tidak perlu bergaduh lagi siapa yang dapat potongan pastry yang lebih besar.

9. Rak bertingkat oven


Anda boleh memasak lebih banyak kek atau masakan dalam satu masa.

Baca juga 20 Idea Bernas Menyimpan Barang Di Rumah Anda

8. Apron dengan tuala tersedia


Bila anda memerlukan tuala semasa memasak, tuala di apron sudah sedia menanti untuk digunakan. Tuala ini boleh ditanggalkan dari apron bila ingin dibasuh.

7. Bekas pinggan dan cawan beralur

Apabila anda menyusun pinggan dan cawan yang baru dibasuh, air dari pinggan mangkuk tersebut akan terus masuk ke sinki untuk mengelakkan meja kabinet anda basah.

6. Penutup periuk yang ideal


Amat sesuai digunakan ketika mahu membuang air panas setelah merebus pasta dan sebagainya.

5. Pengukur bahan


Alat ini membantu memastikan kuantiti bahan yang diperlu mengikut ukuran yang dikehendaki.

Baca juga 11 Idea Hebat Dekorasi Bilik Air Bersaiz Kecil

4. Muncung membuang air lebihan


Bila anda perlu membuang air lebihan atau air rebusan yang panas.

3. Pemukul elektrik


Jika anda tidak memerlukan pengisar yang berat dan bersaiz besar, pemukul elektrik sedia membantu.

2. Pemegang bawang


Memudahkan anda memotong bawang menjadi saiz yang sekata

Baca juga 11 Pesanan Penting Prof Dr Muhaya Untuk Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak

1. Pembuang teras sayuran


Alat ini dengan mudah membantu membuang teras sayuran sepertu kobis dengan cepat dan kemas.

Menarikkan kan 16 gajet terbaru dan menakjubkan untuk mereka yang suka memasak.ini? Sudah tentu alatan memasak yang membantu mempercepatkan proses memasak ini sangat membantu kerja memasak anda.

Baca juga 10 Idea Bungkusan Hadiah Unik Yang Anak Anda Sangat Sukakannya

Jom kongsikan 16 gajet terbaru dan menakjubkan untuk mereka yang suka memasak ini kepada kawan-kawan anda yang minat memasak. Apa kata mereka?


Share lah dengan kengkawan....

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *