12 Senarai Ubat Yang Anda Mesti Bawa Bila Pergi Berjalan-jalan Bersama Keluarga

Share lah dengan kengkawan....

Bila datang je musim cuti sekolah, pasti ramai di antara kita yang merancang untuk pergi makan angin bersama keluarga kan? Selain merancang membeli tiket kenderaan, menempah tempat penginapan yang sesuai dan selesa, lokasi yang mahu dikunjunig, jangan pulak korang lupe tentang kesihatan. Sebab tu korang mesti ada 12 senarai ubat yang anda mesti bawa bila pergi berjalan-jalan bersama keluarga ni.

melancong

Macam-macam jenis penyakit boleh berlaku pada korang bila pergi berjalan-jalan jauh nih. Cirit birit, demam, selsema dan batuk adalah antara simptom yang paling banyak dialami oleh pelancong. Kalau tiba-tiba berlaku pada kita, mungkin kita akan berfikir dua tiga kali untuk membeli ubat di kedai luar negara kerana harga nya yang mungkin jauh lebih mahal dari di negara sendiri.

Baca juga : 7 Tempat Perlancongan Luar Biasa Yang Anda Patut Cuba Di Malaysia

ubat

 

Apa kata korang bawa sendiri senarai ubat ubatan yang penting dan mudah dibawa dari awal lagi. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Mungkin korang akan memerlukannya sebelum sampai ke destinasi lagi.

Jom kita lihat 12 senarai ubat yang anda mesti bawa bila pergi berjalan-jalan bersama keluarga seperti dibawah.

1. Paracetamol (panadol)

panadol paracetamol

Paling senang nak ingat namanya Panadol. Selalunya digunakan untuk menyembuhkan demam dan juga sakit- sakit yang ringan.

Kebiasaannya dos yang ada adalah 500 mg. Jadi anda disarankan untuk mengambil 1g (2 biji) 4 kali sehari.

2. Ibuprofen

ibuprofen

Ianya dalam kategori Non Streroidal Anti Inflammatory Drug ( NSAID) dan digunakan untuk sebagai ubat penahan sakit

Jika ketika travel, anda banyak melakukan aktiviti lasak seperti hiking dan berjalan. Ubat ini amatlah sesuai untuk dibawa. Anda boleh mengambil 200- 400 mg setiap 4-6 jam sehari

3. Cetrizine

cetrizine

Baca juga : 25 Tips Berasaskan Sains Membantu Anda Membesarkan Anak Anda Menjadi Sihat & Ceria

Ianya adalah anti histamine yang tidak mengantuk dan berguna untuk mengurangkan alergik, selsema, hidung berair, resdung dan juga gatal- gatal. Anda boleh mengambil ubat ini 1 biji pada waktu pagi.

4. Piriton

piriton

Piriton adalah anti histamine yang menyebabkan mengantuk. Fungsinya adalah sama dengan cetrizine. Ianya boleh diambil 1 biji (4 mg) 3 kali sehari. Saya mencadangkan mengambil untuk ini 1 biji pada waktu malam. Ubat ini juga tersedia dalam bentuk cecair untuk kanak-kanak.

5. Copastin

copastin

Copastin adalah ubat batuk tetapi dalam bentuk tablet. Ianya amat sesuai untuk dibawa kerana bukan berunsur cecair. Tambahan pula, ubat ini tidak mengantuk dan boleh diambil 1 biji 3 kali sehari.

6. ORS

ors

ORS atau nama lainnya adalah air garam adalah untuk rawatan cirit birit. Pastikan anda mengambil 1 paket setiap kali membuang air besar.

Baca juga : 25 Tips Berasaskan Sains Membantu Anda Membesarkan Anak Anda Menjadi Sihat & Ceria

7. Buscopan (Hyosine)

buscopan

Buscopan adalah ubat yang boleh mengurangkan sakit perut. Ianya boleh diambil 1 biji 3 kali sehari.

8. Lomotil

lomotil

Lomotil adalah ubat yang boleh mengurangkan cirit birit. Ianya boleh diambil 1 biji 3 kali sehari.

9. Ranitidine

ranitidine

Ranitidine adalah ubat untuk mengurangkan sakit gastrik. Ianya boleh dimakan 1 biji (150 mg) 2 kali sehari.

Baca juga : 25 Tips Berasaskan Sains Membantu Anda Membesarkan Anak Anda Menjadi Sihat & Ceria

10. Maxolon

maxolon

Ubat ini adalah untuk mengurangkan muntah dan boleh diambil 1 biji 3 kali sehari.

11. Lozenges

lozenges

Lozenges adalah ubat yang boleh dimakan untuk mengurangkan sakit tekak (dihisap).

12. Krim antifungal dan anti bakteria

antifungal

Jika anda travel dalam jangka masa yang lama, krim tersebut amat bermanfaat. Antara contoh krim anti fungal adalah seperti Econazine dan anti bacteria adalah seperti gentamcin.

Baca juga : 25 Tempat Di Dunia Yang Anda Tak Percaya Menakjubkan Jika Dilihat

Info ini di dapati hasil dari nasihat pengamal perubatan yang dikenali. Banyak diantara 12 senarai ubat yang anda mesti bawa bila pergi berjalan-jalan bersama keluarga  ini yang sangat membantu kita semasa di dalam perjalanan melancong sama ada di dalam atau di luar negara. Pasti ahli keluarga korang sangat memerlukan ubat-ubatan ini terutama kanak-kanak yang mudah dijangkiti penyakit.

happy kids

Jika ada di antara nama ubat yang dicadangkan dan tidak tersenarai, korang tulis je pada ruangan komen di bawah. Lain kali bila merancang hendak melancong atau pergi berjalan-jalan jauh bersama keluarga, jangan lupa 12 senarai ubat yang anda mesti bawa bila pergi berjalan-jalan bersama keluarga  ini ye.

Baca juga : 10 Mitos, Fakta Atau Auta Tentang Makanan & Kesihatan Yang Anda Kena Tahu

Kongsi dan sharelah dengan rakan-rakan yang mahu melancong tu!


Share lah dengan kengkawan....

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *