11 Idea Hebat Dekorasi Bilik Air Bersaiz Kecil

Share lah dengan kengkawan....

Bilik air yang bersaiz kecil memang kadang kala memberi masalah pada kita semua. Dengan ruang yang sempit dan kurang menarik, ia menjadikan bilik air sebagai tempat yang membosankan . Apa kata anda lihat 11 idea hebat dekorasi bilik air bersaiz kecil ini.

Dengan idea yang kreatif, anda sebenarnya boleh menjadikan bilik air beruang sempit menjadi sebuah bilik yang menarik, kelihatan luas dan berfungsi disamping menggunakannya untuk kegunaan harian.

Baca juga 22 Idea Hebat Untuk Ruang Bilik Yang Kecil

Dinding atau pintu kaca di bilik air amat sesuai untuk pengcahayaan yang terang. Sekaligus ia memberikan perasaan bilik air tersebut kelihatan luas dan selesa.

Ruang mandi boleh diletak di bahagian bucu bilik air untuk memberi banyak ruang kepada bilik air yang lain. Ruang mandi di tutup dengan pintu kaca supaya kelihatan luas dan ruang utama bilik air tidak basah dan sentiasa kering.

Baca juga 20 Idea Bernas Menyimpan Barang Di Rumah Anda

Jika anda mahu meletakkan tab mandi, bentuk tab mandi segi tiga seperti ini membantu memberi ruang yang banyak untuk bilik air ini.

Pilih gabungan warna yang cerah dan ceria untuk memberikan suasana yang luas dan menarik.

Baca juga 20 Idea Menarik Menghias Balkoni Rumah Anda Menjadi Hebat

Dengan meletakkan bahagian yang memerlukan ruang yang besar ke bahagian bucu seperti ruang mandi dan sinki, ia akan memberi ruang yang luas dibahagian tengah dan selesa.

Meletakkan jakuzi seperti ini mungkin bukan idea yang menarik kerana ia memakan ruang yang banyak dan menyempitkan suasana bilik air ini

Baca juga 16 Rumah Impian Yang Hebat Dibina Dari Kontena

Daripada meletakkan tab mandi atau jakuzi, ada baiknya membahagi ruang bilik air kepada dua bahagian. Ruang pertama adalah ruang bilik air yang kering dan ruang kedua pula adalah ruang mandi yang basah berpintu kaca.

Dekorasi yang bertemakan retro dan klasik seperti ini memberikan suasana yang mewah dan berkelas tinggi.

Ada banyak cara lagi yang boleh anda gunakan untuk dekorasi bilik air yang sempit ini menjadi lebih menarik dan kelihatan lebih luas selain 11 idea hebat dekorasi bilik air bersaiz kecil yang dikongsikan ini. Semuanya bertujuan supaya bilik air ini kelihatan luas, selesa dan ceria.

Baca juga 15 Idea Hebat Menukarkan Perabot Lama Menjadi Perabot Baru dan Moden

Yang mana di antara 11 idea hebat dekorasi bilik air bersaiz kecil ini yang anda suka?


Share lah dengan kengkawan....

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *