10 Benda yang Melampau Mahal Gila Harganya untuk di Sia-siakan.

Share lah dengan kengkawan....

Dunia sekarang ni memang pelik-pelik. Ade benda memang cantik untuk mata memandang. Tapi yang tak masuk akal adalah benda yang melampau mahal gila harganya ni boleh jadi mahal gila berjuta-juta!

Ni antara barang biasa kita jumpa yang mengarut mahal gila harganya.

10 Benda yang Melampau Mahal Gila Harganya untuk di Sia-siakan.

Puting Palsu Berlian

© ulubulu.com

Puting palsu paling mahal di dunia. Dibuat dari silicon yang bertatahkan 280 biji permata. Harganye USD17000 je.

Iphone dari Emas dan Berlian

© falconluxury.com  

Ni memang bukan biasa-biasa punya Iphone smartphone 6 cover. Dibuat dari emas dan platinum yang ditengahnye berlian. Harga USD48,000,000.00. Tak tahu nak cakap ape dah.

Katil mewah dari Emas Permata

© stuarthughes.com

Katil yang mewah ni direka oleh Stuart Hughes berharga USD6.3 juta. Diperbuat dari kayu berkualiti, dihiasi dengan emas 24 karat, permata dan nilam. Mungkin ni cara nak tidur lebih nyenyak untuk orang kaya.

Kondom Louis Vuitton

© designprovocation.com  

Kondom termahal setakat ni. Tapi yang peliknye bukan dibuat oleh Louis Vuitton, tapi seorang pereka dari Georgia. Kalau nak try , harganye USD68 je.

Vacuum Cleaner Bertatahkan Kristal Swarovski

© electrolux.com  

Korang nengok ni vacuum cleaner je. Tapi mahal gila sebab bertatahkan 3730 kristal Swarovski. Harga USD20,000 je. Korang dah boleh berangan kemas rumah guna vacuum cleaner ni.

Basikal Emas

© goldgenie.com  

Basikal mewah ni disaluti dengan emas 24 karat dan ade bertatahkan berlian. Tempat duduk diperbuat dari kulit lembut yang berkualiti. Harga USD 400,000 je. Kalau nak bawak pergi sekolah, tinggalkan kat tempat parking basikal pun pikir seribu kali kot.

Payung Kulit Buaya

© billionairecouture.com  

Jangan cakap abam tak payung! Tapi payung ni memang paling mahal. Payung yang diperbuat dari 100% kulit buaya dari jenama Billionaire Couture. Harga USD5000 je. Kompem pakai payung ni tak kene hujan nih.

Beg Pakaian Roda Elektrik

© henk-suitcase.com

Beg pakaian yang berharga USD20,000 je ni, diperbuat dari titanium, carbon fiber, kulit asli dan bahan exotic yang lain. Beg ni ade roda elektik untuk memudahkan penggunanye menarik beg pakaian tersebut. Sesuai untuk yang “berat tangan” nak tarik beg pakaian.

Tali Kasut Emas

© mr-kennedy.com  

Tali kasut yang diperbuat dari emas ni adalah dari jenama Mr Kennedy. Harganye USD19,000 je. Kalau korang beli, (kalau korang beli la…kan) akan datang orang dari Mr Kennedy  datang ke rumah korang untuk penghantaran khas. Siap boleh pasangkan kat kasut korang lagi. Servis terbaik untuk harga terbaik!

Dumpling Biru

© hybridtechcar.com  

Sebuah restoran di New York bernama Golden Gates membuat dumpling termahal di dunia. Dumpling di diperbuat dari bahan yang biasa je macam dumpling yang lain. Tapi specialnye, di letak warna asli biru dari kelenjar sejenis ikan jenis Lantern fish yang hanya hidup di laut dalam. Yang susah nak dapat ikan Lantern Fish tu lah. Orang sanggup bayar USD 2400 untuk 8 ketul dumpling atau USD4400 untuk 16 dumpling yang mahal nih. Sedap katanyee… Tidak hairanlah dumpling ini tersenarai diantara benda yang melampau mahal gila harganya untuk disia-siakan.

 

Kata Cik Meow Sentap…

Manusia memang pelik. Benda yang melampau mahal gila harganya macam ni pun nak beli. Tak cukup yang biasa nak yang luarbiasa. Tak cukup yang murah nak yang mahal.

Sampai puting palsu pun nak buat bertatahkan berlian. Siapa lah yang beli tu agaknye yek?

Relaxlah… Siapa yang mampu boleh lah nak beli barang yang mahal kan. Itu kan duit diorang. Kalau orang yang takde duit cam Cik Meow nih…beli yang murah je. hehehe

Janji ade kan? Jangan nak beli puting palsu sampai nak kene pinjam duit orang. Menyusahkan orang jek.


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *